Pages

Wednesday, February 9, 2011

kalau kita hendak berkomunikasi dengan Allah ialah melalui solat, kita bercerita dengannya dan Dia akan menjadi pendengar paling setia tanpa tercicir apa-apa pun, tetapi kalau nak Allah berkomunikasi dengan kita, bacalah al-quran. Allah banyak mengajar kita apa yang kita perlu buat, dan apa yang patut kita tinggalkan. Bak kata orang putih, the DO's and the Don'ts''.






''Barangsiapa membaca al-quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya maka kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari pengadilan dan sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada dalam rumah-rumah kamu di dunia ini (HR- Abu Daud & Ahmad)''.


artikel. iluvislam.com

Monday, February 7, 2011

aduhai puteriku sayang



AKU ADALAH AKU. 
JADILAH DIRI SENDIRI BUKANNYA HANYA MENIRU GAYA ORANG YANG AKAN MENDATANGKAN KEBURUKAN KEPADA DIRI SENDIRI. 
TEGASLAH DALAM BEKATA APA-APA TENTANG SESUATU PERKARA.


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli 
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti 
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan 
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati 

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu 
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri 
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi 
Berpegang pada janji mengabdikan diri 

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana 
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama 
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya 
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri 

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama 
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya 
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara 
Mahligai syurga itulah tempatnya

Pemarah dan Bersabar

Hanya seorang yang pemarah yang bisa betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak bisa merasa marah tidak bisa disebut penyabar, karena dia hanya tidak bisa marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengelola kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila Anda mengatakan bahwa untuk bersabar itu sulit, Anda sangat tepat, karena kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.

Friday, January 28, 2011

sempit betul fikiran ya!

kenapa orang tengok pelik ya bila ada orang pakai tudung labuh.( xla labuh sangat). padahal itu yang betulnya. sepatutnya depa tengok pelik dekat spa yang tak pakai tudung atau yang pakai tudung tapi tak tutup. faham-faham je la maksud "pakai tudung tapi tak tutup". tapi sebenarnya sesetengah orang yang fikiran sempit saja yang buat macam tu.

sepatutnya, depa pandang pelik orang yang pakai macam ini, memang pelik!
banyak dah perli-perli pasal orang yang pakai tudung labuh ni besa aku tengok dan biasa jadi dekat aku. 

kelmarin masa rehat lepas latihan moto tu, aku dengan alia pi la kantin nak isi perut ni. kami terpaksa lalu depa satu kumpulan laki ini. pastu ada la seorang laki dengan rambutnya yang tak cukup karat ni buat-buat kata kat kawan dia " tepi-tepi, ustazah nak lalu". mau macam nak buang ja karat-karat dekat rambut dia tu dengan mesin rumput. tapi, aku bangga laaaa. nampak sangat otak dia rosak. 

lepas tu, setiap kali tengok ja muka orang rambut tak cukup karat tu, terus jadi meluat. =,=.
lantaklah depa nak kata apa pon, tapi aku tetap bangga.
zaman sekarang ni ramai ja perempuan yang pakai tudung tapi bukan tutup betul-betul. kadang-kadang bukannya pakai untuk tutup aurat, tapi hanya sekadar fesyen. dengan yang pakai tudung nampak sanggul macam bonggol unta la, nampak tengkuk la. macam-macam.


Berkaitan dengan hukum aurat perempuan secara jelasnya telah
dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur'an sebagai satu perintah dan
kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin mengikut
keadaan dan situasi yang tertentu. Adalah menjadi satu kemestian
"WAJIB" bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai
menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya  tanpa
banyak soal dan tanpa alasan-alasan yang bodoh. Kiranya ada di antara
mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam
Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat
mereka!!!!!!.  Sebagai melaksanakan kewajiban untuk menyebarkan yang
HAQ ini, maka suluk bentangkan di sini dalil dan nas yang berkaitan
dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku
beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.  Antaranya ialah sebagaimana
berikut;



Nas Pertama

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan
memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan
perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau
anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara
mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak
bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan
Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang
lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan
janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa
yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah An-Nur:31}

Nas Kedua

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Nas Ketiga {Dari Kitab-kitab karangan Ulama Muktabar]

1. Aurat antara muslimat dan bukan muslimat.  Khilaf ulama' dalam
mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur
(24).  Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur
ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari
tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah
"aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

brommm..bromm..

kenapa aku tengok orang cina tu senang ja wat brek kecemasan. haisshh.. aku pon boleh sebenarnya, mula la cikgu tu berleter. 

'nih, kalau buat macam tu bukan brek kecemasan namanya, tu brek biasa. ha, tengok orang tu buat tengok. HEEEKKK..tu baru la brek kecemasan, tayar mau serek.. aku dengan yang lain angguk saja. pastu buat sekali lagi pon tayar tetap malu nak serek jalan.

tarikh: 27 Januari 2011
tempat : IDI Seberang Jaya

ak: kak ani, ada tak orang yang nak pi buat sesi moto. ? bila ?.
kak ani:. hari khamis ni pukul 8 suku tunggu kak ani pi ambil.

 harap-harap la ada orang perempuan yang boleh aku buat teman masa latihan moto sat lagi. alih-alih, aku seorang ja perempuan wakil DESA yang buat latihan moto . tak apa, teringat ayah aku katakat aku, nanti masuk u pon sorang-sorang juga. sampai dekat IDI, terus pi tulis nama. lambat juga la nak mula latihan moto tu, aku pi untuk sesi yang ke tiga baru.masa tunggu dekat tempat latihan tu aku jumpa aliaa sahfinas, aminn termakbul juga doa aku. alhamdulillah. dalam pukul 9 lebih cikgu tumula la panggil nama p terus naik moto, tengok-tengok nama aku yang akhir sekali. alamak, mesti aku dapat moto buruk ni. pi dekat tempat motyo, semua orang dah ambil moto yang lawa-lawa dah. haillaaa..terpaksa la aku ambil juga moto yang xDAK raga dengan brek tangan tu. bahaya betul la, tapi dah cikgu tu suruh naik juga, ak naik je la. nasib baik senang nak stat enjin. Alhamdulillah.

buat latihan moto tu macam biasa la sebab aku dah biasa buat. mula-mula buat pusingan 8 angka. lepas tu naik titi. masa naik titi ni, aku cuba la juga kira macam cikgu tu ajar, SERIBU SATU KALI sampai la tujuh kali sebab nak bagi cukup tujuh saat, tapi, hampeh., aku kira ikut dan saja.
                                                                       pusingan 8

lepas tu jalan melalui kon. yang ni ok saja. lepas tu pi dekat tempat brek kecemasan, yang ni la aku paling  lemah. kalau masa buat tu jatuh moto tu la aku takut, sebab ak dah biasa excident sebab brek tangan dekat jalan berpasir, pastu terus luka habis la satu badan ni. 

                                                         brek kecemasan.

lepas brek kecemasan pi pulak untuk bahagian tiga (jalan raya). dekat bahagian ni ok ja. tapi tak suka sebab kena bagi isyarat tangan tu la. bukan tak suka sebab malu, jalan je lah. tapi malas nak buat sebab aku tak ingat nak buat time bila, kalua ada moto kat depan aku buat, aku buat, kalau aku sorang ja, ikut dan aku la time bila aku nak buat. haha. 
dari mula aku pi untuk buat lesen moto ni aku jumpa ramai kawan baru, jumpa kawan lama balik pon ada, memang untung. yang kelmarin aku pi tu aku jumpa kawan-kawan aliaa . sporting gila kawan dengan depa. 


habis kata" kawan-kawan tu ada dimana-mana sahaja, terpulang kepada kita saja sama ada nak jalinkan hubungan dengan seorang sahabat itu. pilihlah kawan yang akan menjadi pengubat dan penawar dalam hidup kita, jangan pilih kawan yang akan memusnahkan kita."


Tuesday, January 25, 2011

YOUNG INTELLECT MUSLIM

asssalamualaikum.

entry baru, so xbnyk sangat cerita

cerita pasal kem dekat USM . tapi dah lama lepas, baru buat blog lain, so baru la cerita.
betul-betul lepas habis spm ,(spm habis hari khamis , QS.) aku ngn kawan-kawan  yang lain pi kem dekat sana. program tu"YOUNG INTELLECT MUSLIM" .

nak handle sapa yang nak p kem tu memang banyak gila cabaran. Adilla Rahim yang handle . serius cakap memang kesian sangat kat dia. tapi aku memang tabik betul dekat dia. berani ambil risiko. adilla yang urus pasal bas. dia la yang telefon pakcik/abang (sebab masa dilla telefon tanya tetang bas tu adilla panggil pakcik, tapi orang tu suruh panggil abang sebab dia kata dia muda lagi). haha. tak apala, dia mengaku sendiri sudah.
kami sewa bas sebab mula-mula ramai yang nak pi kem tu.tapi tak ramai yang boleh pi. xpa la. bas tu dua hari sewa rm500. memang agak mahal la. tapi kami bahagi sama rata untuk bayar.

pagi sabtu tu, kami semua sampai lambat sikit sebab tunggu kawan-kawan yang lain mai dulu baru kami bertolak. ingat jauh la sangat USM tu. padahal dekat ja pon.

mula-mula aku tahu program tu nak ajar cara kita berdakwah saja dan ada bekas paderi yang dah masuk Islam nak mai. memang teruja sangat sebab nak tahu apa yang bekas paderi tu nak bagi tahu tentang kristian.

terbuka minda aku yang sempit ni bila dengar penceramah-penceramah yang dijemput. sangat tertarik aku dan mungkin kawan-kawan aku yang lain bila ada seorang penceramah ni dia kaji tentang perbandingan agama. tapi masa yang diperutukkan untuk penceramah itu pendek sangat. tapi banyak ilmu yang baru sekarang aku tahu. tapi alhamdulillah, syukur sekurang-kurangnya aku tahu juga.

penceramah yang buat pasal perbandingan agama tu nama dia Mohd Fauzee Bin Hamid .

ustaz ni sebenarnya pensyarah giatmara tanjung. tapi dia kata dia sangat minat pasal perbandingan agama ni, dan dia selalu megkaji.

sikit artikel yang aku salin .
Agama kristian adalah lebih kepada hubungan dengan Tuhan berbanding syariat (hukum-hakam) keagamaan. Agama kristian percaya yang hubungan manusia dengan Tuhan telah terputus dek dosa Adam memakan buah larangan di syurga. (Roma 5:12, 3:23) dan hubungan itu telah dijalinkan kembali setelah Jesus Kristas (tuhan anak) datang kedunia dan disalib sebagai penebus dosa Adam (ibrani 9;11-14, 10 :10 Roma 6:23, 5: 8) yang dikenali denagn dosa warisan. 

memang kalau kita baca artikal tu memang tak logik kan ?. tapi itulah sebenarnya kepercayaan mereka. 

memang program itu banyak buka minda aku sebagai seorang remaja. =)



                              semua ni  wakil pelajar-pelajar SMKA AL-IRSHAD.

ilmu itu ada dimana-mana sahaja!

Sunday, January 23, 2011

INDAHNYA ALAM

Indahnya alam ini
Damai ku rasa dihati
melihat kehijauan pepohonan
dan birunya awan yang bernaung
lihatlah

Diam burung berterbangan

tinggi air menyegarkan
tidak terhitung segala kurnian
untuk semua insan

Indahnya alam ini

pasti ada yang menciptakannya
tiada yang Esa tiada dua
Allah yang maha kuasa

Lihatlah alam yang terbentang luas

tak terjangkau sempadannya
jutaan bintang di angkasa raya
Oh hebatnya Pencipta

ikan dilautan dan

unggas di rimba
segalanya disetiap masa
berzikir memuji
keagungan Allah yang maha kuasa

Subhanallah maha suci Allah

oh indahnya alam ini

Ayuhlah kita mensyukuri

kurnian ilahi
janganlah dicemari
alam yang indah ini

Kita sebagai khalifah

yang mentadbir bumi
bersama menjaga keindahan
alam ini